Hook

Their other posts in the index, biggest breakout first.
Okay, kalau kau tengah mencari secondary phone, lepas tu harga phone tu bermula RM500 plus, and juga dia ada 5G, bateri besar, say no more. Ini dia realme C100 series. Siri ni bermula daripada RM500 plus sahaja. Murah tu memang murah, tapi persoalan dekat sini, ada cash tak untuk telefon ni? Mana dia punya cerita? First sekali, point paling kuat untuk telefon ni adalah dia punya bateri besar iaitu 7000mAh. Dalam dunia phone murah ni, ini saiz monster dan diklasifikasikan sebagai the durable champion dalam segmen dia nilah. Untuk kau orang yang buat kerja outdoor macam bawa lori ke ataupun buat grab, buat foodpanda ataupun mana-mana rider lah kan, telefon ni aku memang 100% recommend gilalah disebabkan kau orang tak payah fikir pasal powerbank sebab phone ni boleh tahan sehari lebih. Bukan sehari lebih, kat dua hari pun boleh dengan bateri 7000mAh ni. Satu lagi, realme panggil binaan ni ArmorShell military-grade shock resistant. Dia ada rintangan ArmorShell, gred tentera dan IP64 rating. Tapi jangan disebabkan dia ada ArmorShell semua tu, kau boleh baling telefon ni daripada tingkat 10, jangan buat benda tu, nanti jadi benda lain pula kan. Tapi setakat jatuh daripada meja ataupun kena hujan ataupun jatuh masa tengah ride tu, kau tak payah cuak sangat disebabkan phone ni memang dibina untuk hard labour. So, tak payah manja-manja. Kau baling je macam tu. Ha, tapi jangan buatlah. Dan yang ketiga pula, satu benda aku nak puji kat sini, screen dia 900 nits peak brightness. Bukan paling terang, tapi untuk harga dia dan bila kau orang nak guna di bawah matahari, still boleh nampak lagi. Kau boleh nampak maps ataupun reply WhatsApp dengan jelas lagi kat sini walaupun tak terang sangatlah. Lepas tu dia punya speaker pun ada mode 300% ultra volume. Bingit? Yes, memang bingit. Tapi kalau kau kat tempat bising ataupun atas motor, features ni memang kau akan rasa sangat-sangat berguna tambah lagi kau tengah call orang di kawasan-kawasan yang sangat bising tu. 300% volume tu walaupun bunyi dia bingit, but that's a life saver lah kalau kau orang nak call orang tu. Tambah lagi orang nak ambil makanan kan, tiba-tiba hello hello hello tak dengar kan, tapi 300% volume ni, dia akan cover kat sini. Okey, kalau kau orang yang tanya pasal performance pula, jujur aku cakap, janganlah kau expect performance macam phone flagship. Nama pun phone bajet kat sini kan. Chipset ni aku boleh kata kau orang semua memang cukup untuk handle daily job lah macam kau orang punya apps, foodpanda ataupun grab tu boleh guna, buka maps. Phone ni focus dia senang je, durable dan juga long lasting. So dengan 500 plus untuk phone 5G yang tak payah charge hari-hari dan tahan lasak, berbaloi ke tak? So kepada kau orang yang utamakan utility dan juga nak cari phone second tu, jangan lupa check out realme C100 5G ni. Mana tahu kena dengan jiwa kau orang. So, apa pendapat kau orang? Cuba tulis kat komen section tu.