Original caption
Alhamdulillah. 🤲🏻 Sekali lagi diberikan peluang dan kepercayaan untuk bekerja bersama Khairul Aming, untuk kali yang ke-4 Inilah kami team yang kecil, tapi punya semangat dan impian yang besar. Kami mungkin tak punya segalanya, tapi setiap kali diberikan amanah, kami akan cuba berikan yang terbaik. Dan perjalanan ini bukan tentang kami sahaja. Terima kasih kepada semua client yang telah mempercayai kami untuk membina dan menaik taraf studio premium anda. Alhamdulillah, hampir 500++ studio telah kami bantu setup, upgrade dan optimizekan. Daripada satu studio ke satu studio. Daripada satu kepercayaan, datang kepercayaan yang seterusnya. Kami sedar, semua ini bukan kerana hebatnya kami. Ini rezeki dan izin Allah, yang hadir melalui orang-orang yang memilih untuk percaya kepada kami. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan team kecil ini. Kecil pada jumlah, besar pada semangat. Sedikit demi sedikit, kami terus belajar, terus membina dan terus berjuang. Buat anda yang sedang merancang launching, corporate event, brand activation atau apa sahaja event, berikan kami peluang untuk menjadi Event Organizer & Production Team anda. Biar kami bantu dari perancangan, teknikal, production sehingga hari event anda berlangsung. Anda bawa idea dan impian, biar kami bantu realisasikannya. Syukur atas setiap rezeki yang Allah pinjamkan. Semoga kami terus diberikan peluang untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang. 🤲🏻❤️ Best regards, SARAZAKI “The Elites, Official Tiktok Live Creator"