Hook
More breakout videos from this creator.
Ini adalah webcam 4K terbaru dari Obsbot. Nama dia Obsbot Tiny 3 Lite. Sebelum ni Obsbot ada keluarkan lagi satu model, Obsbot Tiny 2 Lite. Yang Tiny 3 Lite ni model terbaru dia. Tapi berbaloi ke kita nak beli model Tiny 3 Lite yang baru ni ataupun upgrade dari model Tiny 2 Lite sebelum ni? Jom kita bandingkan dan tengok sekarang. So first sekali kita tengok dia dari segi saiz. Obsbot Tiny 2 ni dia nampak lagi besar sikit berbanding dengan model baru Tiny 3 Lite. Yang Tiny 3 Lite ni dia lagi kecil dan compact. Tapi walaupun Tiny 3 Lite ni dia lagi kecil, sensor yang Obsbot berjaya letak kat dalam ni lagi besar dari Tiny 2 Lite sebelum ni. Jadi sensor yang ada kat dalam Tiny 3 Lite 1/2 inci jadi lagi besar dari sensor 1/2.8 inci yang ada dalam Tiny 2 Lite. Sensor yang lagi besar dalam Tiny 3 Lite bermaksud you boleh dapat gambar yang lagi cerah dan juga gambar yang lagi terang menggunakan Tiny 3 Lite. First sekali kita tengok sample video kedua-dua webcam dekat sini. You sendiri boleh tengok Tiny 3 Lite lagi cerah. Dari segi details pun Tiny 3 Lite lagi terang. Kalau kita buat low light test dekat sini pun boleh tengok Tiny 3 Lite lagi cantik. Dan secara keseluruhan saya sendiri boleh cakap Tiny 3 Lite kualiti gambar dia lagi puas berbanding dengan Tiny 2 Lite. Untuk auto focus pun boleh tengok Tiny 3 Lite lagi laju. Dan sekarang untuk auto tracking. Kedua-dua Tiny 2 Lite dan Tiny 3 Lite pun bagus. Tapi yang saya perasan auto tracking yang ada dekat Tiny 3 Lite dia lagi laju untuk ikut saya berbanding auto tracking yang ada dekat Tiny 2 Lite. So apa lagi yang special dengan Obsbot Tiny 3 Lite yang baru? Okay Tiny 3 Lite dia support Obsbot wireless microphone, Obsbot Vox SE yang baru. Dan dia juga support remote control untuk kali pertama. Wireless microphone Obsbot Vox SE ni dia special sikit sebab tak perlu pakai apa-apa receiver. Dan tekan je button untuk on dia dekat tepi ni dan auto dia akan terus connect dengan Obsbot Tiny 3 SE dekat komputer you. Lepas tu boleh terus pakai dia. Dan untuk kualiti yang ni kualiti audio tanpa microphone. Dan yang ni kualiti audio dengan Obsbot Vox SE microphone. Memang lain kualiti audio yang you boleh dapat ni. Untuk remote control dia pula dia bagi you adjust semua setting dengan lagi senang. Of course you kena download Obsbot Center dekat sini dulu. Lepas tu setting semua you tak perlu cari satu-satu untuk adjust secara manual macam ni. You boleh terus pakai remote control dia dekat sini dan adjust je apa-apa setting you nak buat terus menggunakan Obsbot remote control dekat sini sahaja. Jadi berbaloi tak beli Obsbot Tiny 3 Lite? Saya rasa berbaloi sebab untuk harga yang sangat murah you akan dapat sebuah webcam kualiti 4K terus. Siap ada feature auto tracking semua. Dan kalau you sudah ada Obsbot Tiny 2 Lite, tetap saya rasa berbaloi untuk upgrade pergi ke Tiny 3 Lite sebab you akan dapat kualiti video yang lagi terang. Siap boleh connect ke microphone sekarang untuk audio yang lagi jelas. Dan untuk Tiny 3 Lite boleh buat semua setting menggunakan remote control yang lagi senang. Jadi Obsbot Tiny 3 Lite saya rasa berbaloi untuk harga dia yang sangat murah. Tak kiralah yang ni webcam pertama you nak beli ataupun you nak upgrade dari Tiny 2 Lite sebelum ni.