
We didn’t find a product being promoted in this video. Its hook, format and structure below still show why it took off.
Browse products winning on TikTokMedical card RM65 sebulan, betul-betul murah atau ada benda yang korang kena tahu dulu? MediAsas diperkenalkan sebagai pilihan perlindungan asas, dengan harga bermula sekitar RM65 untuk golongan muda. Had perlindungan tahunan pula sehingga RM100,000 dan naik kepada RM150,000 selepas umur 60 tahun, termasuk perkara macam wad, ICU, pembedahan dan ubat tertentu untuk penyakit serius. Tapi jangan tengok premium murah je. Setiap kali masuk hospital, korang masih kena keluarkan RM500 sendiri dulu, atau RM1,000 kalau umur 61 tahun ke atas. Kalau pergi hospital bukan panel, korang mungkin perlu tanggung lagi 20% daripada bil sehingga RM3,000. Maksudnya walaupun ada medical card, emergency fund tetap penting. So MediAsas ni berbaloi ke? Ia mungkin menarik untuk orang yang langsung tak ada medical card atau perlindungan lama dah lapse sebab premium makin mahal. Tapi jangan terus cancel medical card sedia ada sebab waiting period boleh bermula semula. Buat masa ni MediAsas masih dalam fasa ujian di Klang Valley dan dijangka dibuka seluruh Malaysia pada Januari 2027, jadi harga dan butiran masih boleh berubah. Korang rasa RM65 sebulan ni berbaloi tak? #DausDK #financetok #Investment #mediasas #kwsp
Outliers and viral hits: their videos on Overshot, all time.