Original caption
Replying to @noorzaini11 Tips sandwich tahan lama 🥪✨ 🐟 Sardin – Masak inti sardin sampai betul-betul kering, jangan terlalu basah. Jangan letak filling terlalu banyak supaya sandwich tak mudah berair. 🥚 Telur – Pastikan telur betul-betul sejuk dan kering sebelum dicampur dengan mayo. 🥒 Timun – Guna timun Jepun yang kurang biji, kemudian potong dan lap/keringkan dahulu. 🍅 Tomato – Buang bahagian biji/gel kerana bahagian ini banyak air. 🥬 Salad – Pastikan salad betul-betul kering selepas dibasuh. Boleh guna salad spinner. 💡 Paling penting: Kurangkan kandungan air pada setiap bahan dan jangan terlalu banyak filling supaya roti tak cepat lembik. #sandwich #potluck #bekal #ideajualan #tips