Original caption
Satu lagi insiden mendebarkan dirakam menerusi dashcam apabila seorang kanak-kanak kecil tiba-tiba meluru ke tengah jalan. Mujur sistem brek automatik (auto-brake) kereta berfungsi dengan pantas menyelamatkan keadaan, jika tidak pasti pemandu yang akan dituduh membawa laju. Pandangan pemandu ketika itu terhalang oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang diparkir di tepi jalan. Namun, apa yang paling mengejutkan dan mengundang kemarahan adalah reaksi ibu bapa kanak-kanak tersebut! Ibunya dikatakan hanya tersenyum dan ketawa tanpa bergegas memeluk anaknya atau meminta maaf, malah terus menyambung minum seperti tiada apa yang berlaku. Sikap lepas tangan ibu bapa sebegini sangat berbahaya. Tolonglah peka dengan keadaan anak-anak terutamanya di kawasan yang sibuk dengan kenderaan. Kalau terjadi apa-apa, pemandu yang tak bersalah pula yang akan menjadi mangsa dan terpaksa menanggung akibatnya. #KejadianCemas #MakAyahCuai #KeselamatanKanakKanak #theAsianparentMY