Original caption
Anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun yang putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang di Desa Aman Puri, Kepong, berjaya menjalani pembedahan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengambil masa kira-kira lapan jam. Mangsa yang bertugas di Cawangan MPV IPD Gombak turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan ketika menjalankan pemeriksaan bersama pasukan keselamatan susulan laporan seorang lelaki mengamuk. Sumber : Harian Metro Kredit Video : kasyfilsyazwan P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!