Hook
More breakout videos from this creator.
Kalau tak ada duit ada cara kita cari duit Macam mana cara Tun Dr. Mahathir Cari Duit? Umpamanya kita nak buat PLUS Highway. berjuta belanja berbilion ringgit. Dulu jalan semua dibina oleh kerajaan dan orang guna tak payah bayar satu sen pun, free way. Jadi bila nak buat PLUS kerajaan berpendapat nak belanja berbilion-bilion ini tak dapat duit balik. Kita fikir, fikir, fikir kita kata apa kata kalau kita kenakan bayaran tol. Pada mulanya banyak menentang lah "Takkan lah kena bayar tol." Tapi kita kata "Kalau tak ada tol kita tak dapat pulangan daripada pelaburan kita. Dan kalau kita dapat pulangan daripada pelaburan kita baru lah kita boleh jaga jalan yang kita buat Sebab jalan yang kita buat dia selalu rosak. Jadi kita nak kena ada duit nak betul. Kadan-kadang nak perluaskan daripada 2 lane jadi 3 lane dan sebagainya. Jadi kita perlu wang. Wang itu kalau kerajaan tak mampu kerajaan. Jadi kita kata kita kena bayar tol. Orang nak guna jalan Dia bayar duit itu lah kita guna untuk bayar hutang. Kadang kita nak buat kita tak ada duit, tapi akhirnya nak bayar hutang kita dapat duit daripada tol. Nak perbaiki jalan pun dapat duit daripada tol. Dan kita fikir pula mungkinkah kerajaan buat tapi kerajaan tak cekap dalam bidang perniagaan sebab itu saya kata private sector, swasta buat. Dan swasta dia berjaga-jaga kerana apabila dia belanja atau membuat sesuatu dia nak pulangan. Jadi sebab itu kita bagi private sector buat dan private sector buat kita bagi tuntukan kos itu menurun dengan kita bagi pinjaman duit. Soft loan. dan kita bantu lah kita beli tanah apa semua supaya dia boleh buat jalan dan bila dia dah buat jalan dengan kos yang rendah dan tol rate pun rendah orang pakai. Kalau tol rate tinggi orang tak guna. Orang tak guna, rugi, kita tak dapat balik duit. Tapi kalau kita nak duit semula, kita dah turun kos pembinaan dan kita kenakan bayaran tol. Bila bayaran tol syarikat yang mengurus dapat keuntungan. Bila dia dapat keuntungan undang-undang berkata kita di sini kita kena bayar corporate tax. Syarikat mesti bayar corporate tax Corporate tax itu ada kala sampai 40% daripada keuntungan tapi kita turun, turun sekarang ini 26% ke 25%. Jadi kerajaan dapat balik duit daripada cukai. Kita tak ada duit kita cari idea untuk dapat duit tapi akhir sekali duit itu duit itu datang balik macam itu lah lebih kurang.