Hook

Their other posts in the index, biggest breakout first.
Siapakah Datin Rita sebenarnya? Asal usul kecil dulu macam mana? Saya dilahirkan di Kuala Lumpur, membesar pun di Kuala Lumpur, bersekolah pun di Kuala Lumpur. So basically memang saya budak bandar lah, yang kita panggil city girl kan. But at the end of the day is like saya seorang yang sangat simple. Saya rasa saya lebih suka menjadi diri saya sendiri lah which is saya tak terikut-ikut dengan orang luar. I have my own vision dari kecil lagi kita dah ada own vision nak jadi apa. Cuma nak jadi apa tu akhirnya tak terjadi lah apa saya nak jadi, saya jadi benda lain pula. Kadang-kadang cita-cita kita ada tapi kita tak dapat cita-cita tersebut tapi at the end of the day Allah dah rancang kita ke arah lain. Saya ada enam orang adik-beradik. Saya adalah anak sulung. Ibu saya bercerai dengan bapa saya masa saya masih kecil lagi. Dari situlah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan lah. Macam mana saya tengok ibu saya sebagai ibu tunggal, macam mana saya kena mendidik adik-adik saya. Ya zaman dulu kalau adik-adik saya buat salah, anak yang pertama yang kena rotan dulu. Memang kena rotan dulu. Jadi saya dah terbiasa macam apa-apa saya yang kena handle adik-beradik saya macam, kau jangan buat salah, sebab kalau kau salah ni aku yang kena. Aku yang kena rotan. Jadi kena getah paip itu dah biasa. Dan ibu saya dah membesarkan saya dengan orang kata tanggungjawab itu dari kecil lah. So dah memang set dia dah set in mind, kena jaga adik-adik, kena jaga adik-adik. Macam mana mak tak ada nanti satu hari kena jaga adik-adik. Dia dah cakap mak tak ada ni saya rasa dari saya kecil lagi. Kalau mak tak ada kena jaga adik-adik. Tapi bila ibu sebenarnya dia start buat bisnes tu? Selepas bercerai ataupun sebelum lagi dia dah buat ke? Sebelum bercerai lagi, sebabnya NV dah 32 tahun tahun ini. 32 tahun eh? 32 tahun. Kalau dari baby dah anak dara dah kahwin kot, dah beranak pinak dah, dah ada dua kan sekurang-kurangnya kan? 32 tahun jadi 1994. Tapi sebelum dia buat NV itu memang dia bermulanya adalah suri rumah sahaja. Start thing to berniaga, macam-macam perniagaan dia dah buat. Restoran pun pernah buka. Saya rasa ini pun saya tak pernah cerita. Restoran Rita iaitu nama saya lah masa tu dekat Jalan Sentul tahun 80-an. Masa tu terkenal lah. Ini sah orang KL sebab hanya orang KL yang sebut Sentul, Sentul. Serius lah? Betul tak? Ya. Kalau orang luar dia akan sebut Sentul. Hanya orang KL yang betul-betul saja akan sebut Sentul. Betul. Approve KL. Approve KL. Selepas itu, itulah banyak perniagaan dia cuba ceburi dan akhirnya orang kata sampai perniagaan yang menjual handbag beli daripada Indonesia, China lah, macam gred A, gred B. Memang tak boleh duduk diam lah. Memang tak boleh duduk diam. Perniagaan pun start pun memang yalah dapat nafkah daripada bapa saya. Jadi duit itu mak saya ni satu benda saja, dia suka penyimpan, dia orang yang sangat menyimpan. Jadi dia dapat dia simpan, dia simpan. Perniagaan NV pun mula daripada duit nafkah dia sendirilah. Jadi dari situlah saya kata kalau ikutkan siapa saya ini, terbentuknya hari ini sebabkan saya tengok macam mana mak saya susah payah itu. Jadi kita ini bukan terus senang lah. It's not senang. Saya pun bukan terus lahir-lahir orang kata born in the silver spoon. Oh tidak ya. Saya bukan begitu. Saya melihat sendiri NV ini macam mana start sampailah ke hari ini mana NV. Itu yang orang tengok senang lah dia, senang lah dia kan. Tapi at the end of the day orang tak tahu dari permulaan itu macam mana.