Hook

Their other posts in the index, biggest breakout first.
Dalam kita bercakap berkenaan dengan App Development ini, dia akan ada 3 kos yang terlibat dan kita akan kongsikan berdasarkan kos yang paling rendah hingga kepada yang paling tinggi. Kos Pertama yang paling murah adalah kos sebagai daftar sebagai developer kepada Google ataupun developer kepada Apple. Untuk Google, yuran dia adalah US$25 seumur hidup dan untuk Apple US$99 setahun. Apple kita kena renew untuk teruskan apps kita ada di App Store. Yang kedua adalah kos yang kebanyakannya bila orang nak buat apps, orang akan tanya iaitu kos untuk development. Kos ini kebanyakannya melibatkan kepada upah kepada developer tersebut. Kos yang paling banyak untuk development adalah berdasarkan kepada pekerja yang akan develop apps tersebut. Kadang-kadang akan melibatkan dua, tiga ataupun sekiranya lebih besar project tersebut, kita perlu meng'hire' lebih ramai developer untuk membina apps tersebut. Yang ketiga adalah kos yang paling tinggi yang kebanyakannya ramai orang yang nak buat apps tak ambil endah berkenaan dengan kos yang ketiga iaitu Kos Maintenance. Dia akan melibatkan kos kepada server lagi banyak pengguna yang kita perlukan dan lebih ramai data yang perlu kita masukkan. Lebih banyak kos server yang kita perlu tanggung. Kita perlu kepada Kos Marketing untuk pastikan lebih ramai orang muat turun apps yang dibangunkan. dan yang ketiga adalah Kos Pekerja untuk menguruskan apps tersebut untuk tambah baik supaya apps tersebut lebih reliable dan lebih terus mudah digunakan oleh pengguna. Atas sebab itu, bila kita merangka kos dalam App Development, pastikan Kos No3 yang paling tinggi ini kita tak lupakan.