Hook
More breakout videos from this creator.
Korang suka software yang mana? Unity, Unreal Engine. Unity, Unreal Engine ataupun memang suka yang tanpa coding. Yang pertama adalah Unity. So Unity ni kalau kita nak kuasai, kita kena mahir dalam coding menggunakan C#. Di mana contoh-contoh game yang telah dibina melalui Unity ni adalah Call of Duty dan Game Impact. Kebanyakan game yang dibina melalui Unity ni akan banyak fokus kepada Mobile punya game. Berbeza dengan Unreal Engine. Dia menggunakan C++ sebagai medium untuk coding. Contoh-contoh game yang telah dibina melalui Unreal Engine adalah Fortnite, PUBG Mobile dan Free Fire. Unreal Engine ni dia special sikit. Sebab kebanyakannya Unreal Engine akan banyak fokus kepada game-game yang high end, yang nak nampak cantik, yang nak nampak real. Sebab tu kebanyakkan game daripada Unreal Engine ni, dia akan fokuskan kepada Console punya game dan PC Game. Untuk kita belajar Unity ataupun Unreal Engine ni, kedua-dua software ni dia ada komuniti sendiri. Dan kalau kita merujuk kepada YouTube pun memang banyak perkongsian yang telah dibuat oleh komuniti-komuniti tersebut. Cuma kalau kita nak compare antara Unity dengan Unreal Engine, kebanyakan content-content perkongsian adalah melalui Unity. So maknanya kalau nak belajar, Unity banyak source. Jika takut perkataan 'Coding' tersebut, kedua-dua platform ni juga telah bersedia dengan satu lagi features dipanggil sebagai Visual Coding ataupun Object Oriented Programming. Di mana features ni adalah kita sebenarnya sedang buat coding tapi dalam bentuk visual supaya kita tak nampaklah text-text yang coding yang menakutkan tu. Tapi bila kita mulakan visual coding ni, kebanyakan customization kita tak dapat nak buat berbanding kalau kita guna coding. So persoalannya kita nak guna software yang mana? Nak guna Unreal ke ataupun nak guna Unity? Dia berbalik kepada game jenis apa yang kita nak buat. So kalau kita nak fokus kepada Mobile punya game, kita boleh fokus kepada Unity. Ataupun memang kita nak target kepada Playstation, kita nak target kepada Xbox ataupun PC Game, kita boleh fokus kepada Unreal Engine. Sebenarnya kedua-dua software ni boleh support PC dengan Mobile. Cuma kebanyakannya segmen kepada PC memang banyak fokus kepada Unreal Engine. Kalau contoh dah tersalah pilih, jangan risau. Kedua-dua software ni adalah software industri game. Anda akan masih lagi laku di dalam pasaran walaupun menguasai salah satu software tersebut. Macam mana pula kalau kita ni cakap pasal coding ja, kita dah lemah semangat ataupun cakap pasal coding ja kita dah takut. Sekarang ni dah ada banyak teknologi-teknologi yang telah disediakan untuk buat games tanpa coding. Di mana kita akan share pada sesi akan datang. Korang suka software yang mana? Unity, Unreal Engine. Unity, Unreal Engine ataupun memang suka yang tanpa coding. Kongsikan dekat ruang komen.