Hook
Welcome to Buildbox
More breakout videos from this creator.
Macam mana kalau saya memang minat nak buat game? Tapi kalau cakap pasal coding ni memang angkat bendera putih terus. So jangan risau. Disebabkan teknologi sekarang dah makin advance, kita sekarang dah boleh buat game tanpa coding. Kalau dulu step nak buat game, kita kena belajar coding dulu baru boleh buat game. So kali ni kita dah boleh skip part coding dan fokus kepada game development. So ada 3 software yang kita nak share hari ni berkaitan dengan game development. Korang yang rasa lemah semangat bila tahu Unreal Engine dengan Unity ni kena pandai coding, so dah boleh cool down. Nice. Software yang pertama nama dia QuickAppNinja. QuickAppNinja ni software ni dia banyak fokus kepada game berbentuk Quiz ataupun game berbentuk puzzle. Template dia telah sediakan. Cuma kita yang masukkan content-content untuk membezakan sesuatu game kepada game yang lain. Cuma yang tak bestnya QuickAppNinja ni template dia agak limited dan kita tak ada banyak peluang untuk customize template-template yang dia bagi. So kita kena guna apa yang sedia ada. Software No2 ni adalah GameSalad. GameSalad ni adalah software untuk 2D-Games dan dia juga dibekalkan dengan template-template yang kali ini kita boleh customize dan kita boleh ubah mengikut creativity kita sendiri. Kekurangan GameSalad ni adalah dia punya interface dia kurang user friendly sikit. So kadang-kadang nak buat game tu agak leceh lah sikit. So kena banyak sabar. Software yang ke-3 adalah software yang kami juga gunakan iaitu nama dia Buildbox. Di mana Buildbox ni dia punya interface ataupun cara buat dia sangat user friendly dan dia ada pelbagai games yang kita boleh buat. Dia ada 2 version. Satu adalah Buildbox Classic, di mana Buildbox Classic ni dia fokus kepada 2D-Game sahaja. Dan Buildbox 3 dia support 2D & 3D-Games. Dan Buildbox 3 dia support 2D & 3D-Games. Untuk senang belajar, kita suggest gunakan Buildbox Classic di mana Buildbox Classic ni dia dah macam preset banyak. Dia dah banyak preset untuk character, untuk enemy, untuk gameplay tersebut untuk memudahkan kita siapkan game tu dengan lebih cepat. Bila dah banyak preset ni maknanya bila kita nak customize so kita dah ada kekurangan dekat situ. Bila kita gunakan Buildbox Classic. Sebab itulah kita ada Buildbox 3. So Buildbox 3 ni dia fokus kepada 2D & 3D-Games. Di mana Buildbox 3 ni dia macam nak cuba solve issue dalam Buildbox Classic. Di mana kali ini Buildbox 3 ada banyak customization yang boleh dibuat dan dia juga support coding. Bila ada banyak customization ni so sebenarnya kita kena set up satu per satu dan kerja dia lebih renyah sikit. Tapi customization best daripada ketiga-tiga software ni. Pernah guna software yang mana? Ataupun kalau nak belajar rasanya nak explore software yang mana? Kongsikan dekat ruang komen.