Hook
More breakout videos from this creator.
Kalau kita nak buat Apps paling best, kenalah ada dekat Play Store dan App Store. Tapi kadang-kadang, Apps atau Game tu, dia ada dekat Play Store je. Tapi dekat App Store tak ada. So kenapa jadi macam tu? Cerita dia ada 2 sebab. Sebab yang pertama, kos untuk daftar Apple Developer ni, dia agak tinggi sikit. Kos dia adalah RM399.99 ataupun US$99. Dan perlu kita renew setiap tahun. Berbanding kalau Android, Android USD$25 je. Sekali bayar seumur hidup. Dah boleh publish Apps kita dekat Play Store. So sayanglah kalau buat Apps tak masuk dekat Play Store. Lepas tu pula, kalau kita ada Apps & Games yang kita nak buat dan kita nak publish dekat App Store pula. So kita kena yang mudah. Kita ada MacBook ataupun kita kena ada Mac. Sebab software yang digunakan perlu kepada Xcode. Ataupun kita kena ada at least untuk kita register sebagai Apple Developer Account. So memang tak boleh lari daripada Apple punya ekosistem. Untuk jimat kos, sebab tulah kita pergi kepada Play Store dahulu. Sebab memang lebih jimat berbanding kepada App Store. Dan bila kita tengok segment market share kepada smartphone ni, kita akan perasan iPhone 14 Pro, iPhone 14 Plus, iPhone 14, iPhone 12. Dia hanya fokus kepada segment yang mahal sahaja. Berbanding Android, Android ada phone bawah RM500 pun ada. Mid-segment pun ada. RM1,000 lebih ke RM2,000 lebih pun ada. Ataupun yang mahal-mahal pun Android ada. Berbanding dengan Apple fokus kepada high-end segment. Kalau kita tengok kepada market share ni, smartphone Android lebih banyak. Kalau kita nak cuba buat Apps ataupun buat Game, test kepada segment yang ramai. Kita test lah dahulu dekat Play Store. Ramai user. Senang kita dapat feedback. So itulah sebab kedua. Kenapa orang banyak fokus kepada Android dahulu berbanding dengan Apple. Tapi kalau kita fikir balik, kita dah ada Android punya Apps. Ramai user. Kenapa kita masih perlu buat Apps untuk App Store? Kan kalau Android je pun dah memadai. So kita akan jawab pada next video.