Hook

Their other posts in the index, biggest breakout first.
Dia kategorikan sebagai Game Developer yang tak perlukan group yang besar. Seorang diri pun boleh buat ataupun 2 atau 3 orang. Dan dia tidak memerlukan kos yang tinggi. Dan apakah requirement yang perlu ada untuk kita jadi Indie Game Developer ini? Dia ada 3 requirement. Yang pertama adalah 1) MINAT. Kalau tak ada minat memang tak boleh nak buat game. Sama ada anda bermain game ataupun tak main game. So first kriteria adalah perlu minat untuk explore dalam dunia game. So maknanya bila ada minat baru kita akan ada interest untuk explore dalam bidang games ini. Yang kedua kita perlu ada 2) DEVICE. Untuk Game Development, kita perlu kepada PC ataupun laptop. Kita tak boleh gunakan smartphone ataupun tablet sahaja untuk buat game. Disebabkan proses untuk buat game ini dia agak kompleks dan kebanyakan software-software game yang ada dipasaran ini memang memerlukan penggunaan PC dan laptop. Dan sekiranya kita nak buat 3D Game, spesifikasi laptop perlu lebih tinggi untuk kita mampu membina games yang lebih kompleks. Yang ketiga adalah 3) Software Untuk Buat game. Dan software-software inilah yang akan membantu kita sama ada kita nak buat game yang agak kompleks ataupun yang lebih mudah. Bercakap pasal software ini, kita ada software yang perlukan coding dan software tanpa coding. Dan kalau kita pandai coding, so kita gunakanlah software yang coding. Dan kalau yang tak pandai coding, bukan orang IT, terpaksalah kita guna software yang tanpa coding. Dengan 3 kriteria ini saja baru anda boleh berjinak-jinak dengan Game Development. Nak tahu software apa yang boleh guna untuk Game Development? Kita jumpa di next video.