Hook
More breakout videos from this creator.
Patut tak interviewer pergi tanya pasal latar belakang mak ayah? Interview kan? Kenapa nak tanya pasal bapak? Kenapa nak tanya pasal mak? Bukannya dia nak ambil mak bapak aku pun. Ada orang yang dekat dalam TikTok ni dia kata, interview kan? Kenapa nak tanya pasal bapak? Kenapa nak tanya pasal mak? Saya ni orang Melayu. Interview tu saya rasa paling teruk bila dia start tanya, ayah saya kerja apa? Kerja kat mana? Aik, bos ada pengalaman macam tu ke? Saya tak pernah pula tanya sebagai HR. Apa pasal pula aku nak tanya pasal bapak orang kan? Dia macam tiba sangatlah tanya pasal bapak orang. Padahal nak apply kerja yang kerja dia, dia bukan bapak dia. Mungkin dia ingat ni package two plus one. Wow, interview anak dapat bapak sekali kerja. Lain macam, untung bayar satu je gaji. Kalau bapak dia Perdana Menteri? Ah, rezeki dekat dia oranglah. Dapat Malaysia ah ha ha ha. Sekarang, jom kita discuss. Bila interviewer tanya orang yang di interview tu, bapak kerja apa? Mak kerja apa? Dulu background macam mana? Soalannya bukan sebab nak ambil mak bapak orang tu pergi kerja sekali. Tak. Tapi perkembangan seseorang banyak bergantung kepada persekitaran. Banyak bergantung kepada background. So, bila mana contoh ibu dan ayah adalah orang yang profesional, orang yang kerja engineer, arkitek, doktor, kadang-kadang dia melahirkan anak yang memang ke arah pemikiran yang lebih tinggi. Ah ni again, bukannya nak kata semua yang mak ayah kerja biasa-biasa ni kurang bijak. Tak. Tapi secara kasarnya, dan secara kasarnya tuan puan, ni ikut kajian, again kajian, ada yang menunjukkan bahawa bila mana mak tu suri rumah, anak tu akan jadi lebih disiplin sikit. Again, bukan generalized, tapi secara kasarnya ada orang macam tu. That's why orang akan tengok, okey background dia macam mana. Kan kadang-kadang itu yang nak kena faham. Contoh ayahnya mungkin dia sudut kerja kerajaan, level yang tinggi, dia cara berfikirnya berbeza. So education mendatangkan cara fikir beza. Orang diploma, orang diploma, orang sijil, orang PhD, pemikiran berbeza. Latar belakang keluarga yang berbeza mendatangkan anak yang berbeza, cara fikir yang berbeza. Bak kata orang putih, unfair advantage. Kadang-kadang mak ayah yang lahir daripada golongan T-20 melahirkan anak yang ada unfair advantage berbanding dengan kita yang M40 ke, B40 ke, anak kita. Dia option dia kurang sikit, choices dia kurang sikit. So bila mana engkau tak buat, kau tak interview mak ke, kau tak tanya pasal mak bapak, tak menjadikan orang interview tu salah. Mungkin ada cara mereka yang berbeza. So now, cuba tulis di ruang komen, apa soalan yang kau rasa pelik sangat yang kau pernah terima waktu interview yang kau rasa kau tak boleh terima? Mungkin kita boleh bincangkan reasoning kenapa kau terima soalan tu.